Wednesday, November 25, 2009

Wild Pond

Pelukis: Deen
Saiz:
Harga: RM1,800
Tahun: 2009

Karya asal telah dihasil oleh Claude Monet, seorang pelukis Perancis yang terkenal dengan aliran Impresionist. Saya amat meminati karya-karya Monet yang bersahaja dan berkualiti. Monet membawa satu fenomena yang menjadi ikutan ribuan pelukis yang menggemari karya aliran Impresionist. Karya-karya Monet berada di antara karya realiti dan fantasi. Inilah yang menjadi karya beliau unik dan tidak ketinggalan zaman.
video

Anugerah


Pelukis: Deen
Media: Cat Minyak
Saiz:
Tahun: 1998
Harga: RM5200

'Anugerah' merupakan percubaan pertama Deen menggunakan media cat minyak ketika masih belajar di Institut Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Lukisan ini telah dihasilkan pada tahun 1998 dan lukisan ini juga menjadi antara karya awal Deen di dalam dunia seni tampak. Lukisan ini amat bermakna bagi pelukis kerana ia menggunakan dua teknik yang berbeza. Namun begitu dengan kombinasi warna terang dan lembut mewujudkan suasana yang akan mengingatkan manusia kepada anugerah ciptaan Allah s.w.t. Lukisan ini sering mengingatkan Deen ketika bergelut menimba ilmu pengetahuan di salah satu institusi pendidikan yang tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1922. video

Orkid Cattleya


Pelukis: Deen
Media: Cat Minyak
Saiz:
Harga: RM3800

Orkid Cattleya mempunyai kombinasi warna yang menyerlah dan menarik. Lukisan orkid ini amat sesuai diletakkan di ruang pejabat yang agak kecil dan pastinya akan memberikan imej yang berbeza sesuai dengan penampilan tokoh korporat. Bunga orkid tidak akan lapuk ditelan zaman. Kombinasi warna merah putih bukan sahaja menggambarkan kelembutan dan kesejukan makah memberikan semangat dan keyakinan kepada sesiapa yang memilikinya. video

Tuesday, November 24, 2009

Orkid Cik Siti Wan Kembang


Pelukis: Deen
Media: Cat Minyak
Saiz:
Tahun: 2005
Harga: RM12,500

'Orkid Cik Siti Wan Kembang' merupakan satu-satunya lukisan yang terbesar pernah dihasilkan oleh Deen. Ilham untuk menghasilkan lukisan ini apabila Deen melawat pameran orkid sempena Hari Keputeraan AL-Sultan Kelantan di Taman Orkid, Pengkalan Chepa. Orkid adalah antara spesies bunga yang boleh hidup subur serta mudah dibiakkan, sesuai dengan iklim tropika. Terdapat dua jenis orkid, iaitu terrestrials yang hidup dengan akar dan epiphytes yang hidup di atas dahan-dahan pokok.. Dianggarkan terdapat 24 000 spesies orkid di dunia. Terdapat lebih kurang 6 000 spesies di Asia. Dilaporkan negara kita mempunyai lebih 2 500 spesies orkid, sama ada yang dibiak melalui tisu kultur atau tumbuh sebagai spesies dalam hutan malar.
Bunga orkid tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan orkid di seluruh dunia. Bunga orkid terkenal dengan keunikkan bentuk kelopak serta warna-warna yang sangat menyerlah. 'Orkid Malaysia' amat sesuai diletakkan di lobi-lobi hotel dan lobi pejabat yang akan menyerlahkan lagi imej korporat syarikat yang memilikinya. video

Sejarah Penubuhan Deengraphic

Deengraphic ditubuhkan pada 25 November 2009. Deengraphic merupakan sebuah kedai grafik yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti papan tanda, tanda nama, cenderahati, cop grafik pada baju, peralatan pejabat dan juga membekalkan lukisan cat minyak.