Wednesday, November 25, 2009

Anugerah


Pelukis: Deen
Media: Cat Minyak
Saiz:
Tahun: 1998
Harga: RM5200

'Anugerah' merupakan percubaan pertama Deen menggunakan media cat minyak ketika masih belajar di Institut Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Lukisan ini telah dihasilkan pada tahun 1998 dan lukisan ini juga menjadi antara karya awal Deen di dalam dunia seni tampak. Lukisan ini amat bermakna bagi pelukis kerana ia menggunakan dua teknik yang berbeza. Namun begitu dengan kombinasi warna terang dan lembut mewujudkan suasana yang akan mengingatkan manusia kepada anugerah ciptaan Allah s.w.t. Lukisan ini sering mengingatkan Deen ketika bergelut menimba ilmu pengetahuan di salah satu institusi pendidikan yang tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1922.

No comments:

Post a Comment