Tuesday, November 24, 2009

Orkid Cik Siti Wan Kembang


Pelukis: Deen
Media: Cat Minyak
Saiz:
Tahun: 2005
Harga: RM12,500

'Orkid Cik Siti Wan Kembang' merupakan satu-satunya lukisan yang terbesar pernah dihasilkan oleh Deen. Ilham untuk menghasilkan lukisan ini apabila Deen melawat pameran orkid sempena Hari Keputeraan AL-Sultan Kelantan di Taman Orkid, Pengkalan Chepa. Orkid adalah antara spesies bunga yang boleh hidup subur serta mudah dibiakkan, sesuai dengan iklim tropika. Terdapat dua jenis orkid, iaitu terrestrials yang hidup dengan akar dan epiphytes yang hidup di atas dahan-dahan pokok.. Dianggarkan terdapat 24 000 spesies orkid di dunia. Terdapat lebih kurang 6 000 spesies di Asia. Dilaporkan negara kita mempunyai lebih 2 500 spesies orkid, sama ada yang dibiak melalui tisu kultur atau tumbuh sebagai spesies dalam hutan malar.
Bunga orkid tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan orkid di seluruh dunia. Bunga orkid terkenal dengan keunikkan bentuk kelopak serta warna-warna yang sangat menyerlah. 'Orkid Malaysia' amat sesuai diletakkan di lobi-lobi hotel dan lobi pejabat yang akan menyerlahkan lagi imej korporat syarikat yang memilikinya.

No comments:

Post a Comment